Jom Lihat Top10 Penjara Paling Kejam Di Dunia

 

Penjara merupakan tempat menghukum manusia yang membuat kesalahan didunia ini. Sebelum ini korang pasti tengok di filem-filem terkenal tentang kehidupan didalam penjara yang amat mengerikan ni. Penjara ini ibarat neraka dunia buat pesalah-pesalah. Ada yang tidak sanggup untuk terus hidup apabila tinggal di dalam penjara ini. Jom baca kisah antara penjara paling kejam di dunia.

10. Tadmor Military, Syria

Kematian didalam penjara ini tidak terhitung nilainya akibat kekejam/kekerasan begitu mengerikan dan mereka disana tidak mengenal erti kemaafan didalam penjara ini

9. Rikers Island , NY Amerika Syarikat

Penyiksaan kejam menjadikan penjara ini begitu dikenali di Amerika. Pada tahun 2007, tawanan Charles Afflic mengalami penyiksaan yang berlebihan dari penjaga penjara sehingga terpaksa menjalani pembedahan otak. Sebanyak 6 banduan membunuh diri di selnya kerana tidak tahan dengan suasana penjara yang menekan, pada 2003.

8. La Sante , Paris France

Tidak hairan kalau banyak banduan yang tidak tahan akhirnya bunuh diri, atau menjadi gila. Sepanjang tahun 2002 diberitakan terjadi 122 kejadian bunuh diri. Diikuti 73 banduan pada pertengahan 2003.

7. La Sabaneta , Venezuela

Kematian merajalela di La Sabaneta. Salah sedikit, nyawa boleh melayang. Para kakitangan penjara yang malas mengurus banduan sehingga para banduan boleh berbuat apa sahaja. Mereka berkelahi malah membunuh sesama banduan. Para penjaga banduan menutup mata atas kejadian-kejadian ini.

6. Diyarbakr , Turkey

Kemudahan penjara ini sangat mengerikan dan jauh dari standard. Di sini pernah terjadi peristiwa dahsyat di mana kanak-kanak juga dimasukkan di sini dan mendapat hukuman penjara seumur hidup. Kekejaman sesama manusia sepertinya menjadi peristiwa biasa saja. Tidak hairan penjara ini termasuk dalam salah satu penjara yang paling menyeramkan di dunia.

5. San Quentin , Amerika Syarikat

Di sini nyawa tidak ada harganya. Rusuhan antara etnik kerap terjadi. Etnik antara penjaga penjara dan banduan tidak sama, itu sebabnya banyak perkara terjadi diluar kawalan.

4. Alcatraz Island , Amerika Syarikat

Bayangkan saja, di sana ada larangan untuk tidak boleh bercakap-cakap dengan banduan lain, kalau tidak menurut, hukuman menunggu. Banduan dilarang menzahirkan emosinya. Mereka dipaksa diam. Hak-hak sebagai manusia, di Alcatraz, telah dicabut. Sungguh penjara “neraka”. Penjara ini ditutup pada 1963, tetapi warisan kegelapan terus “hidup” dan menjadi legenda.
3. ADX Florence Supermax , Mexico
Menjadi banduan di ADX adalah suatu mimpi buruk tidak boleh dilupakan oleh mereka. Di sana mereka menerima keadaan paling teruk dari yang terburuk. Banduan yang masuk ke sini adalah penjenayah kelas pertama termasuk yang telah berkali-kali masuk penjara. Di sinilah “neraka” penjara yang boleh mengakibatkan derita seumur hidup.
2. Bang Kwang , Thailand
Dikenali sebagai “Bangkok Hilton”. Penjara ini boleh dikatakan sudah tidak layak lagi, selain penuh sesak, juga kekurangan tenaga penjaga banduan. Banduannya dirantai. Banyak banduan jadi gila akibat tekanan bermula bulan-bulan pertama di penjara itu.
1. Candiru Prison , Brazil
Penjara ini pernah mengemparkan Brasil juga dunia ketika berlaku rusuhan besar di penjara tersebut pada tahun 1992. Tragedi pembaunuhan yang melibatkan polis tempatan. Ratusan mangsa terkorban, 103 (ada yang mengatakan 111 banduan) di antaranya telah terbunuh. Tragedi Caradiru bermula dari meletusnya perang antara kumpulan di penjara tersebut, yang merebak hingga melibatkan banyak banduan. Polis kemudian datang mengawal keadaan
P/S : Harap korang jauhkan diri dari sebarang jenayah. Kita tengok je dah takut apatah lagi masuk penjara.. Kalau nak buat jahat tu fikir lah dua tiga kali bayangkan rupa ibubapa anda. Hehehe ..
DESKRIPSI GAMBAR DESKRIPSI GAMBAR DESKRIPSI GAMBAR Agen Judi Online

Post Author: shindy vero99